MyAgrosis UUM
LATAR BELAKANG
MYAGROSIS UUM dilancarkan dan dirasmikan pada September 2012 bertempat di Tapak Pusat Seni dan Budaya (PBS) UUM. MYAGROSIS UUM memiliki aset-aset bernilai ratusan ribu ringgit dalam bentuk geran tapak projek iaitu K-SHOPPE (Agro Niaga) dan AGROFARM (Agro Ladang à Fertigasi dan Hidroponik). Projek terbaru yang akan dilancarkan oleh Kelab Myagrosis ialah projek Akuakultur/ Perikanan bertempat di Agrofarm, UUM. MYAGROSIS UUM berfungsi sebagai pencetus kepada siswazah untuk menceburkan diri secara aktif dan berinovasi dalam aktiviti perniagaan tani.

Majlis pelancaran kelab MyAgrosis oleh Dato' Mohd Hassan Abdullah
Kelab MYAGROSIS ditubuhkan untuk membangunkan generasi muda hari ini bagi melahirkan generasi muda akan datang yang berdaya saing dan maju dalam sektor pertanian.
Kerjasama melalui pendekatan Blue Ocean Strategy antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Kementerian Pengajian Tinggi telah diterjemahkan dengan penglibatan sebanyak 21 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia. Sebanyak 13 Insititusi Latihan Pertanian (ILP) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut terlibat di dalam pelaksanaan MYAGROSIS ini bagi memperkukuhkan semangat keusahawanan kepada para pelajar sejak di institut lagi.
Kelab MYAGROSIS ini pula bertujuan untuk melahirkan usahawan dikalangan siswazah/pelajar yang berkeyakinan dan mempunyai daya saing yang tinggi dalam bidang pengeluaran serta pemasaran produk berasaskan pertanian terutama agromakanan. Objektif utama penubuhan kelab ini pula adalah seperti berikut:
a) Memupuk minat pertanian kepada siswazah/pelajar
b) Memberi pendedahan kepada siswazah/pelajar tentang pertanian sebagai kerjaya utama
c) Memberi pendedahan kepada siswazah/pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian
d) Membantu meningkatkan keusahawanan pertanian kepada siswazah/pelajar
e) Untuk membentuk komuniti usahawan siswazah/pelajar komersial yang lebih dinamik
|
MyAgrosis UUM Persatuan Myagrosis Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok, Kedah Darul Aman [email protected] |
All Rights Reserved. Copyright @2013
Home | About | Contact | Co-operate | Activity | Motivation of Club
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768
Home | About | Contact | Co-operate | Activity | Motivation of Club
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768