TUJUAN
MYAGROSIS sebagai program yang menyokong dasar negara untuk melahirkan usahawan siswazah moden yang terbilang berasaskan bidang pertanian selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

OBJEKTIF
1) Melahirkan generasi usahawan tani yang moden dan kreatif yang mengamalkan pelbagai kaedah teknologi moden untuk mencapai negara yang berpendapatan tinggi dalam bidang perniagaan tani.
2) Meningkatkan produktiviti pengeluaran dan pemasaran pertanian selaras untuk memenuhi keperluan makanan rakyat di negara ini yang kian meningkat berasakan konsep penggantian import dan berorientasikan eksport.
3) Meningkatkan daya saing negara berbanding negara maju dalam bidang pengeluaran dan pemasaran pertanian berasaskan output berkualiti serta berprestij tinggi melalui kecekapan amalan keusahawanan, kompentensi tenaga kerja, mengoptimumkan penggunaan sumber, inovasi, penyelidikan, teknologi, dan pengurusan modal.

MISI
1) Melatih dan mengasah kemahiran siswazah dalam bidang perniagaan tani untuk melahirkan usahawan tani yang kreatif dan berinovatif. 2) Mewujudkan daya saing yang tinggi dalam kalangan usahawan siswazah tani dalam bidang perniagaan tani. 3) Memberi pendedahan kepada siswazah bagaimana untuk menjana pendapatan yang tinggi melalui bidang perniagaan tani. |
VISI
1) Melahirkan usahawan tani yang mengeluarkan produk yang berjenama dan berkualiti tinggi yang berasaskan pertanian yang terkenal di peringkat global. 2) Membentuk usahawan tani yang berdaya saing tinggi dalam penghasilan output yang berkualiti dan berprestij tinggi yang mampu menggunakan sumber-sumber pertanian secara optimum dan berinovatif setaraf dengan negara-negara yang maju. 3) Menambahkan pendapatan negara dengan meningkatkan produktiviti dan pemasaran pertanian negara yang berorientasikan eksport barangan pertanian ke luar negara bagi menggantikan import barangan pertanian untuk memenuhi keperluan makanan rakyat negara. |
MATLAMAT
1) Menarik lebih ramai siswazah di UUM untuk menceburkan diri dalam aktiviti perniagaan tani. 2) Memberi pendedahan kepada siswazah bahawa pertanian bukan hanya sekadar pertanian tetapi merupakan peluang terbesar membuka perniagaan sendiri dalam bidang keusahawanan. 3) Membantu golongan siswazah yang berminat dalam bidang perniagaan tani untuk membuat perniagaan sendiri. |
Pertanian merupakan satu sumber pendapatan negara yang menjana lebih RM 18 bilion setahun. Maka, kerajaan hari ini telah mengambil langkah yang komprehensif bagi merancakkan lagi sektor pertanian agar defisit fiskal negara akan berkurangan. Umum juga mengetahui bahawa jumlah rakyat Malaysia telah meningkat saban tahun yang mengakibatkan peningkatan permintaan dalam sumber makanan negara. Bagi mengawal situasi tersebut, satu mekanisme haruslah dilaksanakan untuk mengimbangi fenomena ini.
Seiring dengan usaha itulah, kerajaan telah menubuhkan MYAGROSIS supaya dapat menjadi pemacu dalam sektor pertanian negara agar dapat mengurangkan kebergantungan kepada import sumber pertanian. Melalui usaha tersebut, penubuhan Kelab Usahawan Tani ataupun MYAGROSIS yang telah ditubuhkan di seluruh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Malaysia ini diharapkan dapat mencapai objektifnya dengan jayanya .
Penubuhan MyAgrosis telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada 17 Disember 2011 yang lalu di Universiti Teknologi Mara Merbok, Kedah. Program MyAgrosis ini adalah hasil inisiatif Strategi Lautan Biru diantara Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pengajian Tinggi yang merentasi sempadan di antara kementerian.
Adakah bidang keusahawanan tani mampu menjana masa depan yang cerah, atau masih wujudkah lagi stigma bahawa pertanian hanya untuk masyarakat petani? Oleh yang demikian, hari ini pelbagai kursus ditawarkan berkaitan keushawanan dan pertanian di peringkat pengajian tinggi. Kewujudan kursus seperti ini mampu melahirkan siswazah yang mempunyai nilai komersial seperti diidamkan para majikan. Walaupun para majikan menilai dari segi penampilan dan personaliti, namun dari segi akademik dan kebolehan istimewa juga ditekankan dalam pemilihan bakal pekerja. Nilai tambah yang ada dalam setiap siswazah menjadi satu tonik tambahan untuk mereka yang ingin ke alam pekerjaan.
Penubuhan kelab MyAgrosis mampu melahirkan usahawan yang berkemahiran tinggi dalam bidang pertanian. Kelab MYAGROSIS adalah kelab yang ditubuhkan untuk para siswazah institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta ( IPTS) seluruh negara yang berminat menjadi usahawan tani. Disebalik penubuhan kelab ini, pihak Agrobank bertindak sebagai tulang belakang bagi merealisasikan MYAGROSIS berjaya. Kerjasama ini memberi kemudahan kredit bagi graduan yang berminat untuk menceburi aktiviti pertanian secara serius. Kewujudan K-shope adalah kesinambungan dalam penubuhan kelab MyAgrosis dalam kalangan siswazah.
Siswazah Universiti Utara Malaysia (UUM) sendiri telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu organisasi yang dikenali sebagai MyAgrosis K-shoppe (MAKS) di bumi Sintok ini. Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Abdul Rahim Salleh berkata, dengan penubuhan kelab itu, MADA akan menjadi koordinator MyAgrosis di UUM dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAp) sebagaimana diminta oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menariknya organisasi ini mempunyai ketua pegawai eksekutif (CEO) mirip kepada hierarki organisasi syarikat korporat. Secara tidak langsung ,MARKS bertindak sebagai platform persaingan di peringkat luar mahupun sedia ada.
MYAGROSIS UUM telah menerima peruntukan sebanyak RM 234, 000 daripada pihak kementerian bagi merealisasikan program ini. Siswazah daripada kursus Sarjana Ijazah Muda Pengurusan PerniagaanTani diberi tanggungjawab untuk menjayakan program ini. Dana tersebut meliputi kos penubuhan MAKS serta Projek Agroladang Tanaman Fertegasi Hidroponik dan sayur-sayuran yang diusahakan berdekatan dengan Taman Botani UUM.
Pelaksanaan MAKS juga dapat memberi pendedahan kepada ahli kelab MyAgrosis UUM sendiri mengenai potensi industri asas tani sebagai bidang kerjaya selaras dengan slogan MoA , “Pertaniaan adalah Perniagaan”. Mohamad Khairulnizam bin Abdul Mutalib selaku CEO MAKS UUM, berkata “kami bertukar-tukar shif menjaga K-shoppe dan diberi upah sebanyak RM 1.50 sejam. Sekiranya perniagaan K-shoppe bertambah maju, upah kami sebagai petugas jualan akan dinaikkan” ujar beliau ketika ditemuramah. Upah yang diberikan adalah daripada hasil jualan K-shoppe yang diperolehi.
Menurutnya lagi, "buat masa ini pihaknya tidak lagi menetapkan jadual bertugas dan waktu K-shope beroperasi juga masih tidak menentu". Namun, Khairulnizam berkata, beliau akan sentiasa mengadakan mesyuarat dengan ahli-ahli kelab MyAgrosis untuk mengemaskini maklumat agar perlaksanaan MAKS berjalan lancar. Manakala penasihat Kelab MYAGROSIS UUM , Dr Ibrahim bin Yunus menyatakan bahawa setiap petugas jualan wajib menerima upah dalam bentuk bayaran bagi menggalakkan mereka menceburi bidang keusahawanan dan akhirnya mampu memberikan mereka ilmu yang berguna kepada siswazah itu kelak.

Kelab Agrosiswa bantu mahasiswa ceburi keusahawanan pertanian
SINTOK - Kelab Agrosiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) dilancarkan hari ini menjadi saluran untuk mahasiswa yang meminati bidang pertanian menceburi selok-belok keusahawan.
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Abdul Rahim Salleh berkata, kelab tersebut merupakan kerjasama pintar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
"Di bawah program ini, semua agensi MOA seperti Jabatan Perikanan bagi ternakan akuakultur, haiwan (ternakan) dan Fama (pemasaran) akan membantu Kelab Agrosiswa dari segi teknikal, pemasaran dan bantuan mendapat pinjaman.
"Kerjasama MOA dan KPT bertujuan melahirkan graduan yang mahu menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya mereka berdasarkan Strategi Lautan Biru," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kelab Agrosis UUM di sini hari ini.
Abdul Rahim yang mewakili Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Tan Sri Badrudin Amiruldin merasmikan majlis tersebut berkata, program seumpama ini memberi pendedahan realistik mengenai potensi bidang pertanian.
Menurut Abdul Rahim, hanya tanaman yang mempunyai nilai komersil akan diusahakan anggota Kelab Agrosis untuk dipasarkan di kalangan warga petugas UUM yang berjumlah lebih 20,000 orang.
Katanya, produk pertanian seperti sayuran dan buah-buahan lazimnya mempunyai permintaan yang tinggi dan senario berkenaan boleh dimanfaatkan bagi mengusahakan projek secara komersil dan sistematik.
Beliau berkata Kelab Agrosis UUM dianggotai 135 pelajar telah memulakan projek perintis kaedah hidroponik dengan tanaman 'rock melon' di dua unit rumah berkeluasan 6.5X26 meter persegi di Sintok.
Selain itu, Mada menyediakan peruntukan RM234,000 bagi melaksanakan tiga projek komersil termasuk membimbing anggota Kelab Agrosis UUM untuk menguruskan kedai yang menjual produk pertanian, tambahnya. - Bernama

|
MyAgrosis UUM Persatuan Myagrosis Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok, Kedah Darul Aman [email protected] |
All Rights Reserved. Copyright @2013
Home | About | Contact | Co-operate | Activity | Motivation of Club
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768